CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 8, 2010

Rombongan kak tih n family ke Sabah




Pada 28hb Oktober, Ibu terima kunjungan ziarah Mak dan Kak tih ke sabah.Perkara yang paling bestnya ialah banyaknya tempat yang dapat kak tih n mak lawati di Sabah ni. Almaklumlah, negeri yang luas ini kalau nak berjalan kesemua tempat memang tak cukup seminggu, so dengan masa yang terhad ni, ibu pergi la ke tempat yang dekat2.




Kalau ke negeri di bawah bayu ni, tak sah kiranya kalau tak pergi ke Kundasang dan Ranau untuk lihat Gunung Kinabalu. Muzium sabah adalah antara tarikan pelancong yang datang. Jadi ibu n rombongan juga tak lepas peluang kesana. Orang yang paling seronok ibu tengok dah tentu la kakak,kak ngah,Alia,maisara,along,Angah n hasan.Sempat juga ibu n rombongan ke Muzium Kesenian Islam. Best jugak la disana.Kalau di Sabah ni, Mutiara n Kristal ni tak sah tak beli Sebab harganya yang murah dan pilihanya yang banyak.Kak tih n mak tak sedar keletihan bila shopping kristal n mutiara ni hampir 2 jam.Agak-agaknya kaktih beli banyak2 ni dok buat bisness la tu. ha biar la asalkan dia bahagia....






Selain tu, yang paling lucu bila ibu dengar cerita dari ayah. Pagi tu bang tih,k. tih n mak pergi ke pasar borong ikan di KK. Shopping ikan bagai nak rak kerna harga yang terlalu murah dan tak masuk akal katanya. Sambil beli diaorang ketawa terbahak2 bila tau harga yang terlalu murah jika dibandingkan dengan harga semenanjung.malam tu apalagi kalau tak program bakar ikan la diaorang.......walaupun keletihan tetapi seronok.. pagi isnin 1.11 ni mak ktih n Family dah nak balik kg. Semoga percutian mereka ni dapat kepuasan dan kegembiraan..buat kakak, n kakngah jika ada kelapangan datang la ke sabah....harapan ibu keluarga yang lain datang la ke Sabah selagi kami masih ada di cni....

Hari penyampaian Hadiah ..






6hb November 2010 adalah hari yang bermakna buat along kerana hari ini umar menyertai majlis penyampaian Hadiah dan konvokasyen pasti peringkat K.K yang di rasmikan oleh YB Salehudin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.




Tahniah ibu,ayah,angah n adik ucapkan pada along kerna dapat no2 dalam peperiksaan akhir tahun ini.Bila melihat along n rakan-rakan naik kepentas dengan bermacam-macam ragam, terhibur jugak hati ibu ni. Semoga along terus berusaha dan belajar rajin-rajin untuk masa depan yang cemerlang... Aminnnn..


Sunday, July 11, 2010

BERKELAH DI KIBUNUT, PENAMPANG


Hujung minggu yang lepas, ibu dengan famili bergerak ke Kg Mayoq, Penampang. Ayah kata tempat ini tidak di kenali ramai lagi. Oleh sebab itu tempatnya masih cantik dan bersih lagi. Ibu pergi ke sana pada petang hari Sabtu sebab ayah ada mengajar pada hari Ahad. Bila sampai di sana ternyata tempatnya betul -betul cantik. Sepanjang perjalanan juga kita boleh lihat permandangan yang menarik kerana tempat ini berada di kawasan pendalaman di kaki pergunungan.





Perjalanan yang hampir 30 minit ini memang seronok. Bila sampai di kawasan sungai itu, Hassan lah yang paling teruja. sampai menggigil - gigil dia di dalam air tu.



Along dengan Hasanah mandi manda sampai tak ingat nak balik.



Ibu pun tak lepas peluanglah mandi.Orang tak ada. syok habis...

Thursday, April 29, 2010

Tahniah ayah...




Pada bulan 3 lalu ayah ada mengikuti kursus dengan DBP sabah. Bila pulang ayah mula mencuba -cuba menulis cerpen. Katanya ada pertandingan peringkat Komplek Penjara Sabah. Pada 5.4.2010 ayah telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan penulisan puisi dan cerpen tersebut. Gembira ibu lihat ayah dapat hadiah yang disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam , Sabah Y.B. Datuk Haji Masidi Manjun.


Harapan ibu semoga ayah terus sukses di dalam bidang yang baru di terokainya itu. Tahniah dari Ibu, Umar, Hasanah dan Hassan..

Saturday, April 10, 2010

Tazkirah oleh ustaz Ahmad Hassan..



Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad


LIDAH adalah alat komunikasi penting dalam menjalin hubungan mesra antara masyarakat manusia di dunia. Ia juga untuk menyebar ilmu dan banyak lagi manfaat lain. Sebaliknya, lidah boleh jadi bahaya, kerana boleh digunakan untuk memecah belahkan masyarakat, memfitnah, mencaci, mengumpat dan sebagainya.
Justeru, Islam memberi perhatian serius terhadap penjagaan lidah. Peri pentingnya penjagaan lidah itu sehingga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa diam dia berjaya”(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Pada waktu lain Baginda SAW memberi jaminan kepada orang yang sanggup menjaga lidahnya. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku apa yang ada antara misai dan janggutnya dan apa yang ada antara dua pahanya, aku jamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)Al-Quran mengingatkan bahawa setiap ucapan yang diucapkan seseorang tidak akan terlepas daripada catatan malaikat-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaf, ayat 18)
Antara keburukan lidah ialah bercakap perkara yang tidak berfaedah, tidak baik, mengucapkan kata keji, mencaci, mencarut, menghina, membuka rahsia orang, mengumpat dan perbuatan negatif lain yang tidak sepatutnya.
Mereka yang mengetahui nilai masa serta umur tidak akan membiarkan diri menggunakan lidah untuk berkata perkara tidak mendatangkan faedah, kemarahan orang lain atau menyebabkan perbalahan sesama manusia.
Diriwayatkan bahawa Luqmanul Hakim pernah ditanya: “Apa rahsia kebijaksanaanmu? Jawabnya: Aku tidak bercakap perkara yang tidak memberi faedah kepadaku. Kata Luqman lagi: Diam itu bijaksana, tetapi sedikit pelakunya.”
Sewajarnya lidah digunakan untuk memberitahu atau mengajak orang lain kepada kebaikan dengan memberi nasihat serta menegur sahabat jika mereka melakukan perkara mungkar supaya segera kembali ke pangkal jalan.
Sebaliknya, mengeji, mencaci dan mencarut adalah perkara yang dilarang Islam dan mereka yang melakukan perkara itu dengan lidahnya wajib bertaubat serta memohon maaf kepada mereka yang disakitinya.
Selain itu, menghina orang lain termasuk keburukan lidah yang patut dijauhi, kerana ia boleh merosakkan hubungan mesra dan harmoni antara anggota masyarakat. Paling buruk tindakan lidah ini dalam konteks Islam ialah mengumpat.
Allah Taala mengumpamakan pengumpat itu sebagai pemakan daging saudaranya yang sudah mati.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Mengumpat ialah menyebut di belakang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya, sama ada kekurangan itu pada fizikalnya, keturunannya, peri lakunya, pakaiannya atau sebagainya.
Berdasarkan pengertian ini, jika kita tidak menjaga betul-betul lidah, maka rata-rata kita tidak terlepas daripada dosa mengumpat. Pada hal dosa itu tidak akan diampun Allah jika tuannya tidak memaafkannya lebih dulu.
Umumnya masyarakat kita kurang memberi perhatian serius terhadap amalan mengumpat yang kesannya akan menyebabkan berlaku pergaduhan, saling tuduh menuduh dan memburukkan orang lain dengan perkara mengaibkan.
Namun, ulama menyenaraikan beberapa kelonggaran yang mengizinkan kita menyebut kekurangan orang lain di belakangnya iaitu tidak dikira dosa. Ia termasuk beberapa keadaan berikut:
Apabila seseorang itu dizalimi, maka dia dibolehkan menceritakan kezaliman ke atasnya kepada pihak yang bertanggungjawab;
Apabila hendak mendapat fatwa atau mengetahui hukum sesuatu;
Apabila ingin memberi peringatan kepada orang lain;
Apabila seseorang itu dikenali dengan gelaran itu secara menyeluruh; dan
Apabila ia terkenal dengan jahatnya.

Monday, March 8, 2010

BIRTHDAY HASSAN SATU TAHUN............

Tanggal 20.1.2002 yang lepas genap la umur Hassan yang ke 1 Tahun. Oleh kerana dah genap satu tahun ni Ayah n Ibu adakan la majlis doa selamat dan Bacaan Yassin di surau di kg Ibu tinggal ni. Memandangkan rutin mingguan surau ni adakan Bacaan yassin setiap malam jumaat, maka Ibu adakan lah juadah makanan untuk dihadiahkan kepada ahli jemaah di surau
Menunya dah tentulah makanan kesukaan ayah ,mee kari la. Adajuga ibu buat kuih muih dan goodies untuk murid kelas Fardu Ain di surau.Alhamdulillah. Meriah juga malam tu.Meriah dengan kanak-kanak yang hadir dan jemaah surau yang spoting. Anggaran tetamu yang datang lebih dari 50 orang la. Sudah kebiasaan Hassan di surau sibuk kehulu kehilir, jadi jemaah di surau tu dah kenal sangat dengan perangainya.Yang bestnya tahun ni Hassan dapat hadiah birthday dari atuknya dari kg.Atuk hadiahkan Hassan buaian yang comel yang ditempah di penjara. Memang dia suka naik buaian tu.Habis saja majlis tu Hassan terus tidur penat sangat agaknya bermain dengan kawan-kawanya disurau .
Doa serta harapan ayah dan ibu semoga Hassan menjadi anak yang soleh taat pada perintah Allah serta sentiasa mendapat petunjuk dari Allah .....amin.

Thursday, January 21, 2010

ZIARAH DR NORMAN DAN DR SUHAILA……..





Hari Isnin 11 januari lalu Ibu dapat kunjungan dari bang man dan kak Suhaila.Alhamdulillah ada juga saudara yang datang ziarah disini.Happy sangat rasanya. Sudah lama bang Man dan Kak Suhaila kata mahu datang ke Sabah tetapi baru kali ini termakbul.


Bang man dan Kak Suhaila yang sampai jam 11 pagi, terus minta hantar ke pasar Filipine untuk membeli mutiara .Betul -betul seronok nampaknya ..Jam 5 petang ayah jemput mereka bawa kerumah.Memandangkan kak Suhaila nak bershopping mutiara, ibu ajak dia ke pasar malam kg. Air yang amat dikenali oleh orang KK dengan mutiaranya yang murah.Kami bertolak kesana lepas Isyak sebab ibu pun lama tak lihat design kristal yang terbaru.





"Mula -mula kenalah kami cari bank 1 malaysia dulu (CIMB -Cina, India, Melayu Bank) "kata kak Suhaila.Kak Suhaila nampak begitu seronok.Katanya barang disini jauh lebih murah dari pasar filipine yang dia pegi tadi.Bang Man pun tak kurang mencari apa -apa yang berkenan.Memborong sakan nampaknya...Ibu pun sempat beli mutiara untuk harijadi Hasanah.Set Gelang,subang dan rantai dari mutiara air masin.


Ibu dapat kabar yang tempat ini akan ditutup lagi seminggu.sebab itulah diorang jual murah jer.Ibu pun merasalah satu gelang kristal yang di hadiahkan oleh Kak Suhaila.Cantik gak gelang ni dan lebih cantik bila dapat Free.... he....he.. Esoknya bang man dan kak suhaila kami hantar pulang ke airport Air asia. Seronok kami semua sebab semuanya ok dan happy. Buat family yang lain,Ibu alu- alukan kedatangan kalian.Semoga kedatangan tetamu membawa kerahmatan yang besar kepada famili ibu... Amin






Friday, January 8, 2010

UMAR KE SEKOLAH

umar yg masih mengantuk lagi nak ke sekolah


Umar daftar sekolah PASTI AR RAIHAN di kg ini pada 4hb.Hari pertama daftar sekolah, hanya ibu, Ayah dan Hassan jer yg pegi. Umar masih dok tido di rumah lagi. Hari kedua dia masuk kelas jam 9.30 pagi. Memandangkan umar masih takut ke sekolah lagi, maka Ibu,Hassan dan Hasanah kenalah dok teman dia di PASTI haritu. Jam 11 pagi barulah kami semua anak beranak balik rumah bersama-sama.







Hassan dan Hasanah yang terpaksa bangun pagi untuk hantar Umar ke sekolah....




Nasib baiklah PASTI itu empat kangkang kera jer dari rumah ni. Hari ketiga ibu tinggalkan sahaja dia di PASTI.Mamandangkan ayah demam, ibu tawakal tinggalkan sahaja Umar di sana.Ok je lak nampaknya.Cikgu dia dah kata, klu Umar buat hal dia jerit jer dari PASTI ke rumah ibu ni.Senang hati ibu bila lihat umar dah ok dah nak ke PASTI tu .Semoga Umar mendapat ilmu yang berguna untuk dirinya pada masa hadapan.AMIN…..

Friday, January 1, 2010

PANTUN SOLAT....


Ibu saja ambil pantun ini dari kawan- kawan kerana ianya sungguh manja sekali ……….


Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,

Berdiri tanpa roh malam & siang...


Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,

Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....


Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,

Main bola aku sanggup sampai petang,

Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,

Pagi Kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,

Siksa neraka Cuba la aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!


hehehe.Dah solat ke belum??? Pastu gi lah solat…. Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!... ..

iman