Perjalanan bermula pada hari sabtu, along ,angah awal-awal dah bangun macam tau-tau aje nak jalan.yang liat nak bangun adik lah... nangis jugak dia bila ibu gerakan.Kena keluar awal-awal kerana perjalanan mengambil masa lebih kurang 6jam perjalanan.Awal-awal pagi lagi ibu sudah siapkan makanan yang dibawak untuk dimakan didalam kereta.Nampaknya semua perancangan berjalan lancar ok lah tanpa masalah.alhamdulilah kereta ayah pun ok.Seronok juga rasanya bila berjalan ditempat orang ni bak kata pepatah alang-alang gengam bara api biar jadi arang, betul tak tu mcam tak kena ya kan...o..silap-silap jauh perjalanan luas pandangan.ok la tu...Nampaknya perjalanan kali ini mencabar jugak lah oleh kerana jalan yang tidak stabil, patutla ramai yang pakai 4w drive kat sabah ni ...bagi ibu kereta ayah jugak yang ok nya.Antara lokasi yang ibu nak kunjungi bila sampai nanti ialah taman orang utan sepilok, Taman buaya, untuk menjimatkan buget family kita bermalam di rumah penginapan penjara sandakan.dah lama ayah boking dah...Malamnya pula Family kita menikmati juadah ikan bakar diSim-Sim.ok la masakannya tapi tak boleh tandingi ikan bakar di pengkalan Balak Melaka..hari keduanya family kita dapat jemputan sarapan pagi dan melawat ke Bahagian kawalan unit udara diLapangan terbang sandakan.ianya tempat kerja kawan lama ayah. katanya masa di sek menengah dulu.teruja juga ibu kerana belum pernah dapat peluang ketempat terkawal macam tu.Apatahnya nak masuk sesuka hati, ada peluang ni apa lagi gunakanlah sebaik mungkin..
Perjalanan diteruskan ke Labuk Bay dimana terdapat spesis monyet yang hidungnya panjang...Orang diSabah ni menyatakan mereka memanggil Spesis ini Bayau katanya ye tak macam tu bunyinye .....Atas permintaan ibu, Ayah terpaksa uturn dekat taman Buaya,ibu lupa nak beli bunga untuk tambah aksesori bunga, ditaman mini ibu dirumah...jangan marah ye yah......memang seronok anak-anak ibu berjalan...Yang paling ibu tak dapat lupakan, ayah terpaksa berhenti di satu perkampungan kerana minyak kerete macam nak habis je...Katanya ada pam minyak bila sampai, Ayah terpaksa mengisi minyak kereta secara menual la boleh dikatakan .Ha peluang ibu nak ambil gambar nak buat kenang-kenangan..
Malam keduanya family kita menginap diTagal Ranau Bestnya semua keperluan sempurna dan kos penginapan yang berpatutan. distinasi yang terakhirnya diladang teh.Banyak maklumat ibu dapat mengenai teh ni...apabila kita melawat kilang proses teh sabah.Alhamdulilah semua berjalan lancar tanpa ada masalah..syukur pada Allah nikmat dan anugerah yang dikurniakan kepada keluarga kita...Pesenan Buat ayah Lepas ni rajin-rajin la bawak ibu dan family kita jalan-jalan lagi..............