CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 30, 2009

Tuesday, December 1, 2009

AIDIL ADHA DI BUMI SABAH










Bismillahirrahmanirrahim....

Rasanya sudah lama ibu tidak mencoretkan cerita famili dilaman blog ini. Almaklumlah macam -macam aktiviti yang dibuat, tambahan pula bisnes kecil -kecilan ibu ini membuatkan masa begitu terhad buat ibu.Memang tiada masa rasanya.




Hari Raya Aidil Adha tiba lagi.Kali ni ibu beraya di Sabah .Dah tiada razeki nak beraya bersama Family di Kg.Walaubagaimanapun Ibu bersyukur sangat dapat beraya di kg ini kerana penduduk kg ni masih megikut ajaran agama yang kuat dan ukhwah persaudaraan nya bagus.Oleh sebab itu, tak la rasa rindu sangat family di kg.Jiran-jiran disini sangat baik.Sudah macam Family rasanya walau pun berbeza keturunan.




Kali ni Family ibu mendapat undangan melakukan ibadah korban di banyak tempat.Jadi ibu join sama lah kan.Mula -mula ibu sangka tak lah banyak sangat dapat daging korban,rupanya tiga hari berturut-turut orang hantar ke rumah. Siap dapat ekornya lagi.Ibu yang tak pernah-pernah buat sup tulang ni, terpaksa call rumah atuk untuk minta rasepi dengan mak teh nya macam mana buat sup ekor dan tulang.




Di kg seri Pandan pun ada juga buat korban seekor sapi.Ayah pun join jugak tu. Seronok rasanya. Raya keduanya pula, ibu dan family kita pergi mengikuti ibadah korban di Likas dimana persatuan saudara-saudara baru menjalankan program tahunannya.Mula nya ibu sekadar menghadirinya saja. Itu pun sekadar Ziarah program yang diadakan tiap-tiap tahun diatas undangan yang dibuat dimana ayah sebagai tenaga pengajar disana.secara tak langsung pengerusinya meminta ayah yang menyembelih 4 ekor lembu/sapi disana tapi ayah dapat sembelih tiga ekor saja kerna ada yang mahu mencuba belajar sembelih.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.




Bagi ibu apa yang menarik perhatian dan menyentuh perasaan ibu ialah betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh saudara- saudara baru ini.Mereka meninggalkan agama ,keluarga, saudara mara, dan kemewahan hidup bagi mencari erti kebahagiaan dan hakikat hidup yang sebenar di muka bumi Allah ini. Itu lah erti pengorbanan yang sebenar di sebalik ibadah korban yang yang disambut beramai -ramai (ini bagi pendapat ibu je la). Memang ibu rasa terharu dan rasa hormat dengan mereka.Dikesempatan itu juga ibu sempat bergambar bersama-sama sahabat ibu disana yang juga merupakan saudara baru yang berketurunan kadazan bajau, cina dan lain-lain.




'Kak Ain' itu lah nama yang selalu ibu panggil.Kak Ain ni memang rajin berjamaah disurau.Jadi memang selalulah ibu jumpa dia.Apa yang dapat ibu ambil pengajaran dari pengalaman ini.jika Allah mahu jadikan hambanya orang yang mendapat hidayah darinya maka ianya tidak mustahil .Walaupun sesiapa pun dia.Oleh itu kita sebagai hambanya sedaya upaya berkorban melawan segala ujian dan dugaan darinya. Banyakkan muhasabah diri semoga pertolongan Allah sentiasa dekat dengan kita.Amin.

Wednesday, November 4, 2009

BUAT RENUNGAN BERSAMA....

"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sunday, August 9, 2009

RAMADHAN...


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu.
..kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

Sunday, July 19, 2009

Semoga Allah merahmati rohnya..


Seorang wanita ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung!.Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya.Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bergelut untuk menyelamatkan muslimah itu, turut ditikam tiga kali dan kemudiannya ditembak oleh Polis!


Kisah ini bermula Ogos 2008, tatkala Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung.

Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.


Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati. Semoga Allah merahmati roh mereka sekeluarga.

Tuesday, July 7, 2009

SAMBUTAN HARI BAPA..

Sewaktu sambutan Hari Bapa yang lalu, ibu sefamili berkelah bagi meraikan ayahnya. Paginya ibu siapkan makan tengahari dan dalam jam 10.oo pagi kami bertolak ke Hutan Lipur Kawang. Habis mandi kami makan tengahari.Seronok tengok ayah dan anak -anak berseronok.

Ayah sekarang ada buka kelas tahfiz dipenjara. Muridnya ada sepuluh orang. Ada yang dah hafal 5 juzuk. Semoga aktivitinya itu diberi keberkatan oleh Allah.Baru- baru ni ada lawatan menteri ke penjara melawat program ayah dengan banduan.




Gambar ni ibu tunjukkan walau pun ayah tak bagi.Harapan ibu mudah- mudahan ayah akan dapat kembangkan ilmunya di negeri Sabah ini dengan penuh kerahmatan Allah SWT

Saturday, June 20, 2009

AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN...........

Biasanya bila tiba hujung minggu macam-macam la aktiviti bersama keluarga dapat dijalankan,tapi kali ini ibu menjalankan aktiviti ibu bersama kawan-kawan ibu, di kg sri pandan ni. Kg ini menjalankan aktiviti belajar menjahit,membuat kraftangan dan banyak lagi la.Dengan bantuan ayah menjaga anak-anak dirumah dapat la ibu join kawan-kawan ibu di kg ni.Kali ni ibu belajar membuat uncang.ibu ni bukan nya pandai dalam bab jahit menjahit ni,tapi nak join jugak akhir dengan usaha ibu yang suka nak belajar benda baru ni jadi jugak uncang ibu .Bebaloi rasanya, puas hati ibu.betul la kata kawan ibu, kak Julia namanya" kalau kita nak apa pun boleh buat.Kalau taknak tu tempat tu la duduknya kita bah..." yang penting hari ni ibu seronok dan puas dengan hasil tangan ibu sendiri...









Ni la gambar hasil kerja tangan ibu buat uncang.




Disebelah petangnya pula masa ibu dengan keluarga pulak nak beriadah.Kali ini kita pergi taman permainan kanak-kanak, ala tempat kesukaan along tu.Selalunya jika ayah tak sibuk boleh dikatakan tiap-tiap petang kita pergi.Tapi bila ayah dah sibuk dengan aktiviti kerja dan peribadinya tu jarang la kita datang ke sini.Bila sampai ditaman permainan ni orang yang ibu tengok telompat-lompat bukannya along tapi kakngah.Suka sangat la dia ni main tak perduli pun ibu yang sedang memerhatikan dia dengan adiknya.Nak tau apa cerita dengan ayah pulak, joging la dia nak jaga kesihatan katanya.Ok la tu.Ibu dan Hassan duduk je penat rasanya hari ini.walau apa pun keadaan, ibu rasa bersyukur sangat kerana allah kurniakan waktu yang bermanafaat untuk kita sekeluarga gunakan.semoga ia akan mengikat kesempurnaan kasih sayang dalam membina keluarga bahagia.Insyaalla




Kalau along n kakngah asyik dengan bermain,yang adik pulak sibuk tidur dalam troller babynya.Tido la adik janji selesa.......




Wednesday, June 10, 2009

AHMAD HASSAN PUNYA KISAH....







AHMAD HASSAN PUNYA KISAH......






sekarang Hassan sudah 4 bulan lebih,nampaknya dia memang bayi yang aktif tak boleh duduk diam ada je aktiviti yang nak dibuatnya.Ditambah dengan mulutnya yang bising sudah tentu jadi mangsa usikan kakngahnya.Yang kakngahnye satu hal. suka sangat usik Hassan, dipeluknye la ditarik telinganya la memang sudah cukup untuk merimaskan Hassan.Ha sikecil ni apa lagi nangis la dia.Hassan suka berguling-guling, menyarap sambil mengangkat-ngangkat badannya bila ada cerita cartoon dalam tv tu, ha... macam faham je dia......ketawa terbahak-bahak nampak la gusi yang tak bergiginye tu.namun dia tetap seronok melalui dunia kanak-kanak bersama keluarganya.

Sunday, May 10, 2009

MIMPI...


Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Malik b Dinar menceritakan juga tentang dirinya. Ringkasan ceritanya adalah seperti berikut :


Dulu, aku memang jahat. Pelbagai maksiat telah aku lakukan. Antaranya, aku selalu minum arak. Aku mempunyai seorang anak perempuan. Aku amat sayang kepada anakku itu. Dia selalu mengganggu aku ketika aku minum arak. Gelas yang berisi arak di tanganku selalu dirampas, lantas dicurahkannya arak itu ke jubahku. Barangkali kerana terlalu sayang kepadanya, perbuatannya itu tidak menimbulkan kemarahanku. Aku tak sampai hati hendak memarahinya, apa lagi menderanya.

Sesungguhnya kelahiran anakku itu membawa kebahagiaan dalam keluargaku. Tetapi amat malang bagiku, anak yang amat aku kasihi itu telah pulang ke rahmatullah setelah berusia kira-kira dua tahun. Aku kehilangan buah hati yang tiada gantinya lagi. Kematiannya itu sudah tentu membawa kemuraman dalam hidupku dan keluargaku.Dalam suasana hidup yang amat muram itu, pada suatu malam (menurut riwayat lain; malam berkenaan ialah malam Nisfu Sya’aban) aku bermimpi, hari Kiamat telah tiba dan aku bertemu dengan anakku itu. Sebelum itu, dalam mimpiku itu, aku melihat manusia berduyun-duyun keluar dari kubur masing-masing dan bergerak ke tempat perhimpunan manusia di Padang Mahsyar. Aku juga turut bergerak ke tempat itu. Tiba-tiba kedengaran di belakangku suatu bunyi desiran. Aku segera menoleh ke belakang. Alangkah terkejut dan takutnya aku, apabila ada seekor naga yang besar sedang mengangakan mulutnya yang luas hendak menelan aku. Aku terus memecut lari dengan sekuat tenaga dan upayaku sehingga aku terserempak dengan seorang lelaki tua. Lantas aku segera meminta pertologan daripada orang tua itu:
“Wahai bapa, tolonglah aku. Aku dikejar oleh naga itu,” kataku dengan penuh ketakutan.
“Aku tak berupaya menolongmu. Aku sudah tua dan lemah,” jawab orang tua itu. “Larilah terus. Mungkin di sana ada orang yang boleh menolongmu,” katanya lagi.Aku berlari lagi sehingga sampai ke sebuah bukit kecil.. Bukit itu aku daki hingga ke puncaknya. Apabila aku melihat ke bawah, sekali lagi aku terperanjat besar. Di sebalik bukit itu, aku lihat api neraka yang besar sedang menyala dengan marak. Sekarang aku harus segera membuat pilihan, sama ada terjun ke dalam api neraka itu atau menyerah diri untuk ditelan oleh naga itu.
Dalam keadaan terdesak itu, tiba-tiba kedengaran suatu suara; “Wahai Malik! Sebenarnya engkau bukan mangsa api neraka itu.” Dan, apabila aku berpaling ke belakang, tiba-tiba muncul orang tua yang aku temui tadi. “Kasihankan aku, wahai bapa! Tolonglah aku!” aku merayu-rayu pula kepada orang tua itu supaya menolong aku. “Aku sudah tua dan sangat lemah. Tiada upaya padaku untuk menolongmu,” orang tua itu memberi jawapan yang sama kepadaku. “Larilah engkau ke bukit yang satu lagi itu. Di situ ada kaum Muslimin yang sentiasa mendapat perlindungan Allah S.W.T.,” kata orang tua itu lagi sambil menunjukkan jalan ke bukit yang tidak berapa jauh dari situ.
“Terima kasih, bapa,” kataku.
Aku lihat bukit itu sampai ke puncaknya. Dari puncak bukit itu, aku dapat melihat sebuah bangunan berkubah tirus dan tingkap-tingkapnya terbuka, mempamerkan kain langsir yang amat indah dan berkilau-kilauan. Aku segera menghampiri bangunan itu dan cuba memasukinya. Tiba-tiba kedengaran satu suara: “Bukalah pintu! Keluarlah kamu semua! Barangkali ada antara kamu yang dapat menolong orang jahat itu.”
Selepas itu aku lihat ramai kanak-kanak keluar dari bangunan itu. Mereka melihat kepadaku dengan pandangan yang membayangkan rasa simpati kerana mereka nampak aku sedang di dalam ketakutan dikejar oleh naga itu. Tiba-tiba, aku ternampak anak perempuanku yang sudah meninggal dunia, ada juga di dalam kumpulan kanak-kanak itu. Anakku terus menangis sebaik saja melihat aku, lantas berlari-lari mendapatkan aku. Kemudian, dia menghulurkan tangannya ke arah naga yang mengejar aku itu. Dengan serta merta naga itu pun menghilangkan dirinya. Dengan rasa gembira aku memangku anakku itu dan dia begitu senang melurut-lurut janggutku. Sambil itu dia melafazkan kata-kata yang amat indah bunyinya :
“Masih belum tiba lagikah masa bagi orang-orang yang jahil itu menyembah Allah dan menginsafi petunjuk Allah terhadap diri mereka?”
Mendengar kata-kata itu, rasa sedih di hatiku tidak tertahan lagi, lalu aku menangis kerana menyesali perbuatan dosa yang telah aku lakukan.
Dalam perbualan antara aku dengan anakku seterusnya, anakku menerangkan bahawa, naga yang mengejar aku itu sebenarnya ialah perbuatan dosa yang telah aku lakukan. Manakala orang tua itu pula ialah perbuatan baikku yang telah menjadi lemah oleh pengaruh dosa aku yang lebih banyak. Akhirnya, anakku menerangkan bahawa, kanak-kanak di dalam bangunan di atas bukit itu ialah anak-anak kaum Muslimin yang telah meninggal dunia semasa kecil. Mereka sedang menunggu ibu bapa mereka untuk memberi pertolongan yang diperlukan.
Selepas itu, aku pun tersedar daripada mimpiku itu. Sejak saat itu, aku betul-betul menjadi insaf, bertaubat nasuha dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Wallahu a’lam.

Saturday, May 9, 2009

TEKA TEKI IMAM AL GHAZALI


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ".Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, Bulan, Matahari, dan Bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama Islam.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawab Gunung, Bumi, dan Matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" . Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab Baja,Besi dan Gajah. Semua jawaban anda benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" . Tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang,gunung-ganang dan Malaikat semuanya mengatakan tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi Khalifah (pemimpin) di dunia ini, tetapi manusia menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara masyurat kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Monday, May 4, 2009

KENANGAN DILANGKAWI YANG PENUH BERMAKNA.....


Bak kata pepatah melayu "hujan emas dinegeri orang ,hujan batu di negari sendiri lebih baik dinegeri sendiri". itu lah katanya.tapi bila ibu pikir-pikir balik, tak semuanya tempat orang tak elok.Bila duduk ditempat orang baru, kita rasa hidup kita ni tak semestinya serba serbi sempurna. Ha! kalau rasa sempurna sangat, sama lak tarafnya dengan malaikat, banyakkanla istighfar.Apa yang penting adalah ukhwah.Ibu masih ingat semasa di Langkawi ,walau pun ibu dan keluarga duduk di tempat orang, tetapi keluarga ibu masih di terima dan disayangi oleh penduduk di sana.Penduduknya baik-baik dan ramah tamah orangnya.Apa yang paling mariahnya, Langkawi ini merupakan tempat percutian yang menarik . ibu n ayah apa lagi asalkan cuti mesti tak duduk dirumah.Ditambahkan lagi masa tu umar dan sanah masih kecil lagi maka seronoklah bila berjalan-jalan keliling pulau.
Tempat yang paling seronok ialah dipantai Chenang la atau di Tanjung Rhu, Umar masa tu 1 tahun lebih dan takut air. Asalkan rasa je air laut dikaki dia dah menjerit ketakutan.Lawak betul ibu rasa.Tetapi sekarang umar dah ok dahkan.Ha yang paling seronoknya, ibu sempatla membeli serba sedikit pinggan mangkuk nak buat koleksi dirumah memandangkan harganya yang boleh diketogorikan mampu beli la......maklumlah langkawi terkenal sebagai tempat belibelah bebas cukai,
Kalau nak gemok kan badan boleh la beli coklat dengan harga yang murah.kain batik,kain pelekat,minyak gamat pun murah-murah.Bila ada kenduri- kendara mesti ada jemputan untuk keluarga ibu, bila balik dari kenduri mesti ada cenderahati, apalagi tak kain pelekat, minyak gamat.Kalau ayah pulak saham dia tinggi sikit pada ibu, nak tau apa dia bawak, set cawan la set pinggan tu hadiah untuk pembaca doa di majlis.Syukurla sedikit sebanyak pengalaman bila berada ditempat orang ni, membuka mata dan minda ibu, betapa pentingnya ukhwah yang perlu ditanam dalam diri .tapi adalakala nya ibu rasa ibu je yang nak jaga hati orang tak adil lak rasanyakan.tapi ibu rasa bila wujud keadaan macam ni ibu buat tak tau je tak rugi apa-apa pun.Asalkan ibu rasa bahagia.............

Friday, May 1, 2009

Pepatah yang dipatah



1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

Saturday, April 11, 2009

KENANGAN YANG MENGGERIKAN......



Pada hari jumaat 10.4.2009 adalah tarikh keramat bagi Ahmad umar yang baru nak membesar.Alkisahnya dalam perjalanan pulang ke semenanjung dari sabah ke kl, Umar sefamily naik flight pernerbangan......... apabila sampai di stesen untuk mendarat semua penumpang terdiam seketika kerana flight yang nak dikatakan mendarat tu tiba-tiba naik ke udara secara mengejut, ha terasa la sentakannya. cemas la rasanya.....Dalam keadaan awan yang tebal hujan yang lebat ha tu la kesannya.flight yang kami naiki terpaksa menunda pendaratannya dan berlegar-legar keudara selama 10 minit. Akhirnya dengan kecekapan pilot penerbangan itu kami selamat mendarat dengan selamat. ha..ha.. baru la gamat dengar suara penumpang tarik nafas lega.Alhamdulillah..........

Wednesday, March 18, 2009

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW


Kegembiraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dengan berpuasa pada hari Isnin bersempena dengan kelahiran baginda menunjukkan bahawa amalan sambutan Maulid bukanlah satu amalan yang boleh mencampakkan kita kedalam neraka

Bergembiralah kerana mengagungkan syiar -syiar Allah.

Tuesday, February 10, 2009

PERJALANAN KE BRUNAI YANG MELETIHKAN


Hari jumaat aku bertolak ke Brunei dari Kota Kinabalu bersama 11 yang lain. sampai di Lawas tiba -tiba banjir besar pulak disana. kami tempuh juga. sampai di Trusan kami dapati tempat feri dah tenggelam, jadi terpaksa bermalam di bandar Likas.

Esoknya kami dapat naik feri dan teruskan perjalanan sampai ke Limbang. hampir 15 minit nak memasuki Brunei, tiba- tiba banjir besar hingga cecah 8 kaki. kami terpaksa berpatah ke Limbang lalu menaiki bot laju ke Bandar Seri Begawan.

Sungguh tak disangka bahawa bandar ini amat bersih dan penduduknya amat bersopan dijalan raya.Kerajaannya amat perihatin tentang para penduduknya. Alangkah bagusnya jika kerajaan Malaysia dapat mencontohi pentadbiran sultan Brunei ini.

Sewaktu mahu pulang banjir masih berlaku . Kami menaiki feri dari Bandar Seri Begawan ke Wilayah Labuan . Setelah 2 jam berjalan di Labuan kami bertolak ke Menumbuk menaiki bot laju. Sampai di Menumbuk kami menaiki van ke K.K. lebih kurang 2 jam........ letihnya..

Saturday, January 31, 2009

TAREEM, HADRAMOUT, YEMEN





Pengalaman saya ketika belajar di Tareem saya dapati bahawa ianya adalah bandar yang penuh keberkatan bermulanya dari doa Saidina Abu Bakar untuk bandar tersebut. Bandar yang kecil ini mempunyai bilangan ulamak yang ramai.Ahli bait merupakan antara penggerak terbesar menyebar luaskan dakwah disini. Masjidnya sentiasa diisi dengan majlis ilmu dan zikir. Perbincangan para penduduknya lebih kepada masaalah ilmu .Bacaan hadis Bukhari dan Muslim, majlis sambutan Maulidurrasul dan kelas kaum ibu diadakan pada setiap minggu. Para pelajar tidak digalakkan memakai serban kecuali pada hari jumaat kerana penduduknya akan bertanya masaalah agama kepada yang memakai serban. semoga keberkatan bandar itu akan dapat dibawa ke Malaysia nanti
AMIN.........


MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


KELAHIRAN AHMAD HASSAN


Pagi 21hb januari jam 9.25, isteri tersayang telah melahirkan zuriat kami yang ketiga, Nama ahmad Hassan diberikan mengambil berkat nama cucu Rasulullah SAW. Nama itu juga mengingatkan saya kepada tokoh sufi dan ulamak terkenal iaitu Said hassan Al basri dan Said Hassan Al banna. yang merupakan tooh ulamak yang banyak menyebar luaskan ajaran agama islam di muka bumi Allah ini. Semoga Ahmad Hassan akan dapat mengikuti jejak langkah para ulamak terkemuka ini................ AMIN.

AHLAN WA SAHLAN


KALI PERTAMA CUBA BLOG AGAK SENANG

iman