CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 10, 2009

MIMPI...


Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Malik b Dinar menceritakan juga tentang dirinya. Ringkasan ceritanya adalah seperti berikut :


Dulu, aku memang jahat. Pelbagai maksiat telah aku lakukan. Antaranya, aku selalu minum arak. Aku mempunyai seorang anak perempuan. Aku amat sayang kepada anakku itu. Dia selalu mengganggu aku ketika aku minum arak. Gelas yang berisi arak di tanganku selalu dirampas, lantas dicurahkannya arak itu ke jubahku. Barangkali kerana terlalu sayang kepadanya, perbuatannya itu tidak menimbulkan kemarahanku. Aku tak sampai hati hendak memarahinya, apa lagi menderanya.

Sesungguhnya kelahiran anakku itu membawa kebahagiaan dalam keluargaku. Tetapi amat malang bagiku, anak yang amat aku kasihi itu telah pulang ke rahmatullah setelah berusia kira-kira dua tahun. Aku kehilangan buah hati yang tiada gantinya lagi. Kematiannya itu sudah tentu membawa kemuraman dalam hidupku dan keluargaku.Dalam suasana hidup yang amat muram itu, pada suatu malam (menurut riwayat lain; malam berkenaan ialah malam Nisfu Sya’aban) aku bermimpi, hari Kiamat telah tiba dan aku bertemu dengan anakku itu. Sebelum itu, dalam mimpiku itu, aku melihat manusia berduyun-duyun keluar dari kubur masing-masing dan bergerak ke tempat perhimpunan manusia di Padang Mahsyar. Aku juga turut bergerak ke tempat itu. Tiba-tiba kedengaran di belakangku suatu bunyi desiran. Aku segera menoleh ke belakang. Alangkah terkejut dan takutnya aku, apabila ada seekor naga yang besar sedang mengangakan mulutnya yang luas hendak menelan aku. Aku terus memecut lari dengan sekuat tenaga dan upayaku sehingga aku terserempak dengan seorang lelaki tua. Lantas aku segera meminta pertologan daripada orang tua itu:
“Wahai bapa, tolonglah aku. Aku dikejar oleh naga itu,” kataku dengan penuh ketakutan.
“Aku tak berupaya menolongmu. Aku sudah tua dan lemah,” jawab orang tua itu. “Larilah terus. Mungkin di sana ada orang yang boleh menolongmu,” katanya lagi.Aku berlari lagi sehingga sampai ke sebuah bukit kecil.. Bukit itu aku daki hingga ke puncaknya. Apabila aku melihat ke bawah, sekali lagi aku terperanjat besar. Di sebalik bukit itu, aku lihat api neraka yang besar sedang menyala dengan marak. Sekarang aku harus segera membuat pilihan, sama ada terjun ke dalam api neraka itu atau menyerah diri untuk ditelan oleh naga itu.
Dalam keadaan terdesak itu, tiba-tiba kedengaran suatu suara; “Wahai Malik! Sebenarnya engkau bukan mangsa api neraka itu.” Dan, apabila aku berpaling ke belakang, tiba-tiba muncul orang tua yang aku temui tadi. “Kasihankan aku, wahai bapa! Tolonglah aku!” aku merayu-rayu pula kepada orang tua itu supaya menolong aku. “Aku sudah tua dan sangat lemah. Tiada upaya padaku untuk menolongmu,” orang tua itu memberi jawapan yang sama kepadaku. “Larilah engkau ke bukit yang satu lagi itu. Di situ ada kaum Muslimin yang sentiasa mendapat perlindungan Allah S.W.T.,” kata orang tua itu lagi sambil menunjukkan jalan ke bukit yang tidak berapa jauh dari situ.
“Terima kasih, bapa,” kataku.
Aku lihat bukit itu sampai ke puncaknya. Dari puncak bukit itu, aku dapat melihat sebuah bangunan berkubah tirus dan tingkap-tingkapnya terbuka, mempamerkan kain langsir yang amat indah dan berkilau-kilauan. Aku segera menghampiri bangunan itu dan cuba memasukinya. Tiba-tiba kedengaran satu suara: “Bukalah pintu! Keluarlah kamu semua! Barangkali ada antara kamu yang dapat menolong orang jahat itu.”
Selepas itu aku lihat ramai kanak-kanak keluar dari bangunan itu. Mereka melihat kepadaku dengan pandangan yang membayangkan rasa simpati kerana mereka nampak aku sedang di dalam ketakutan dikejar oleh naga itu. Tiba-tiba, aku ternampak anak perempuanku yang sudah meninggal dunia, ada juga di dalam kumpulan kanak-kanak itu. Anakku terus menangis sebaik saja melihat aku, lantas berlari-lari mendapatkan aku. Kemudian, dia menghulurkan tangannya ke arah naga yang mengejar aku itu. Dengan serta merta naga itu pun menghilangkan dirinya. Dengan rasa gembira aku memangku anakku itu dan dia begitu senang melurut-lurut janggutku. Sambil itu dia melafazkan kata-kata yang amat indah bunyinya :
“Masih belum tiba lagikah masa bagi orang-orang yang jahil itu menyembah Allah dan menginsafi petunjuk Allah terhadap diri mereka?”
Mendengar kata-kata itu, rasa sedih di hatiku tidak tertahan lagi, lalu aku menangis kerana menyesali perbuatan dosa yang telah aku lakukan.
Dalam perbualan antara aku dengan anakku seterusnya, anakku menerangkan bahawa, naga yang mengejar aku itu sebenarnya ialah perbuatan dosa yang telah aku lakukan. Manakala orang tua itu pula ialah perbuatan baikku yang telah menjadi lemah oleh pengaruh dosa aku yang lebih banyak. Akhirnya, anakku menerangkan bahawa, kanak-kanak di dalam bangunan di atas bukit itu ialah anak-anak kaum Muslimin yang telah meninggal dunia semasa kecil. Mereka sedang menunggu ibu bapa mereka untuk memberi pertolongan yang diperlukan.
Selepas itu, aku pun tersedar daripada mimpiku itu. Sejak saat itu, aku betul-betul menjadi insaf, bertaubat nasuha dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Wallahu a’lam.

Saturday, May 9, 2009

TEKA TEKI IMAM AL GHAZALI


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ".Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, Bulan, Matahari, dan Bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama Islam.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawab Gunung, Bumi, dan Matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" . Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab Baja,Besi dan Gajah. Semua jawaban anda benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" . Tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang,gunung-ganang dan Malaikat semuanya mengatakan tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi Khalifah (pemimpin) di dunia ini, tetapi manusia menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara masyurat kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Monday, May 4, 2009

KENANGAN DILANGKAWI YANG PENUH BERMAKNA.....


Bak kata pepatah melayu "hujan emas dinegeri orang ,hujan batu di negari sendiri lebih baik dinegeri sendiri". itu lah katanya.tapi bila ibu pikir-pikir balik, tak semuanya tempat orang tak elok.Bila duduk ditempat orang baru, kita rasa hidup kita ni tak semestinya serba serbi sempurna. Ha! kalau rasa sempurna sangat, sama lak tarafnya dengan malaikat, banyakkanla istighfar.Apa yang penting adalah ukhwah.Ibu masih ingat semasa di Langkawi ,walau pun ibu dan keluarga duduk di tempat orang, tetapi keluarga ibu masih di terima dan disayangi oleh penduduk di sana.Penduduknya baik-baik dan ramah tamah orangnya.Apa yang paling mariahnya, Langkawi ini merupakan tempat percutian yang menarik . ibu n ayah apa lagi asalkan cuti mesti tak duduk dirumah.Ditambahkan lagi masa tu umar dan sanah masih kecil lagi maka seronoklah bila berjalan-jalan keliling pulau.
Tempat yang paling seronok ialah dipantai Chenang la atau di Tanjung Rhu, Umar masa tu 1 tahun lebih dan takut air. Asalkan rasa je air laut dikaki dia dah menjerit ketakutan.Lawak betul ibu rasa.Tetapi sekarang umar dah ok dahkan.Ha yang paling seronoknya, ibu sempatla membeli serba sedikit pinggan mangkuk nak buat koleksi dirumah memandangkan harganya yang boleh diketogorikan mampu beli la......maklumlah langkawi terkenal sebagai tempat belibelah bebas cukai,
Kalau nak gemok kan badan boleh la beli coklat dengan harga yang murah.kain batik,kain pelekat,minyak gamat pun murah-murah.Bila ada kenduri- kendara mesti ada jemputan untuk keluarga ibu, bila balik dari kenduri mesti ada cenderahati, apalagi tak kain pelekat, minyak gamat.Kalau ayah pulak saham dia tinggi sikit pada ibu, nak tau apa dia bawak, set cawan la set pinggan tu hadiah untuk pembaca doa di majlis.Syukurla sedikit sebanyak pengalaman bila berada ditempat orang ni, membuka mata dan minda ibu, betapa pentingnya ukhwah yang perlu ditanam dalam diri .tapi adalakala nya ibu rasa ibu je yang nak jaga hati orang tak adil lak rasanyakan.tapi ibu rasa bila wujud keadaan macam ni ibu buat tak tau je tak rugi apa-apa pun.Asalkan ibu rasa bahagia.............

Friday, May 1, 2009

Pepatah yang dipatah



1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

iman